1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia
perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan
bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan
.Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia
perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan
sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.
2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan
relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang
tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal
menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai
RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.
3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha
berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha
keras,kejayaan tidak akan datang.
4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa
panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum
nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan
sekelip mata.
5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika
buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan
dan sebagainya.
6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia
perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya
terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.
7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan
mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk
berkualiti dan berjaya dalam pasaran.
8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian
tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau
mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.
9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia
Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan
manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.
10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari
kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.
11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan
ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke
Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab
menipu,buatlah!"
12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam
kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik
perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah
,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.
13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka
berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad
dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca
kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.
14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna
kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk
yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.
15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu
sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...
16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan
perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu
mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang
tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun
menyusahkan pihak lain.
"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah
maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai" -Nasihat beliau amat mendalam....